SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AMAN

       

             Sekolah Kebangsaan Taman Aman atau dikenali sebagai Sekolah Wawasan telah dibina pada 2 September 2001 dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri pada 9 Ogos 2002. Sesi persekolahan pertama telah dibuka mulai 4 Januari 2003 dengan ambilan seramai 435 orang manakala 24 orang guru bertugas di bawah pimpinan guru besar yang pertama iaitu Tuan Haji Mohamad Rashidi Bin Said. Terletak berhampiran taman perumahan Taman Aman, Anak Bukit. Oleh itu nama diberi bersempena dengan taman berkenaan tambahan pula majoriti murid adalah terdiri dari anak-anak penduduk taman tersebut. Sekolah Kebangsaan Taman Aman juga merupakan Sekolah Wawasan pertama di Negeri Kedah . Berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan tanpa mengira kaum dan agama bagi memupuk semangat integrasi nasional, sifat toleransi dan persefahaman akan melahirkan perpaduan murni anak didik wawasan. Kawasan Sekolah  Sekolah ini mempunyai kawasan seluas 15.00 ekar atau 6.07 hektar.
             Bangunan-bangunan sekolah Terdiri daripada 6 bangunan 4 tingkat, 1 kantin, tapak perhimpunan, 1 padang dan 3 dewan terbuka membentuk kompleks sekolah wawasan Taman Aman yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman. 

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN RUMAH SUKAN (18 DAN 19 JAN 2017)