Posts

Showing posts from 2017

Pemadangan SKTA Melalui DRONE !

Image
(22.1.2017) Pemandangan S.K Taman Aman melalui udara...! SK Taman Aman menjemput saudara En. Mohamad Anwar Bin Hj Desa (FB:Syariff Hidayatullah) seorang jurugambar profesional dan aerial fotografi yang sudi meluangkan masa menerbangkan drone di kawasan SKTA. Indahnya SK Taman Aman berlatar belakang Gunung Keriang dan sawah padi.

INTERAKSI AKADEMIK - HALA TUJU SEKOLAH - (21 JAN 2017)

Image
S.K Taman Aman telah mengadakan Interaksi Akademik Hala Tuju Sekolah pada 21.1.2017 bersama para waris bertujuan memperkenalkan aspirasi hala tuju SKTA bagi tahun 2017. Tuan Guru Besar, Tn Hj Noor Azam telah menyampaikan ucapan bersama slaid pembentangan secara mendalaman untuk dikongsi bersama para waris yang hadir. Majlis berakhir dengan jamuan ringan untuk semua.

LATIHAN RUMAH SUKAN (18 DAN 19 JAN 2017)

Image
Memandang Sukan Tahunan Sekolah akan berlangsung pada 22.22017, SKTA telah mengambil langkah awal persiadaan latihan rumah sukan bagi setiap rumah sukan yang bertanding. Murid-murid memberikan komitmen yang baik sepanjang latihan. Latihan rumah sukan berlangsung pada setiap minggu bergantung kepada cuaca yang mengizinkan.

6. PERBARISAN HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH (16 JAN 2017)

Image

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS 2017

Image

PERJUMPAAN GURU BESAR BERSAMA MURID TAHUN 6

Image
Perjumpaan Guru Besar, Tn Haji Azam bersama murid tahun 6 SK Taman Aman pada minggu kedua bulan Januari sebagai nasihat dan motivasi awal kepada persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Diharapkan mereka menjadikan amanat Guru Besar sebagai pemangkin kejayaan pada tahun ini.

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NOR HAFIZOH (5 JANUARI 2017)

Image
S.K Taman Aman telah mengadakan majlis ringkas sempena pertukaran guru, Puan Nor Hafizoh yang mendapat kenaikan pangkat menjadi P.K Hem di S.K Haji Abu Bakar. Majlis bermula dengan ucapan perpisahan oleh Puan Nor Hafizoh dan penyerahan hadiah cenderahati kepadanya.

PEMBUKAAN RASMI KELAS KAFA, 1 JANUARI 2017

Image
Sekolah Kebangsaan Taman Aman telah melancarkan Pembukaan Rasmi Kelas KAFA pada 1 Januari 2017, bersamaan hari Ahad bertempat di Dewan Putera pada jam 2.00 petang. Pembukaan kelas KAFA di SK Taman Aman bertujuan bagi memudahkan lagi anak-anak SKTA khususnya mendapat kemudahan pendidikan agama yang sewajarnya selepas sesi persekolahan pada waktu pagi.

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2017 (29 DIS 2016)

Image
Sekolah Kebangsaan Taman Aman telah menjalankan Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah bagi sesi persekolahan 2017. Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran murid, bacaan doa dan taklimat khas oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Noor Azam Bin Hj Mahamud. Pendaftaran murid  Ucapan Puan Nor'aan  Kehadiran murid ceria di hari pendaftaran  Pendaftran murid