Thursday, 16 March 2017

Pemadangan SKTA Melalui DRONE !


(22.1.2017) Pemandangan S.K Taman Aman melalui udara...! SK Taman Aman menjemput saudara En. Mohamad Anwar Bin Hj Desa (FB:Syariff Hidayatullah) seorang jurugambar profesional dan aerial fotografi yang sudi meluangkan masa menerbangkan drone di kawasan SKTA. Indahnya SK Taman Aman berlatar belakang Gunung Keriang dan sawah padi.

Tuesday, 24 January 2017

INTERAKSI AKADEMIK - HALA TUJU SEKOLAH - (21 JAN 2017)


S.K Taman Aman telah mengadakan Interaksi Akademik Hala Tuju Sekolah pada 21.1.2017 bersama para waris bertujuan memperkenalkan aspirasi hala tuju SKTA bagi tahun 2017. Tuan Guru Besar, Tn Hj Noor Azam telah menyampaikan ucapan bersama slaid pembentangan secara mendalaman untuk dikongsi bersama para waris yang hadir. Majlis berakhir dengan jamuan ringan untuk semua.



LATIHAN RUMAH SUKAN (18 DAN 19 JAN 2017)


Memandang Sukan Tahunan Sekolah akan berlangsung pada 22.22017, SKTA telah mengambil langkah awal persiadaan latihan rumah sukan bagi setiap rumah sukan yang bertanding. Murid-murid memberikan komitmen yang baik sepanjang latihan. Latihan rumah sukan berlangsung pada setiap minggu bergantung kepada cuaca yang mengizinkan.